Powered by Blogger.
RSS

HIDUPAN DI DALAM DASAR LAUT

                                     

Lautan di sekeliling Malaysia merupakan antara kawasan yang mempunyai  biodiversity tertinggi di dunia. Bagaimanapun, hidupan marin pada masa ini selalunya tidak dianggap penting kerana kepentingannya tidak diketengahkan walaupun 70 peratus (%) daripada bumi dilitupi lautan. Terdapat banyak pulau di Malaysia yang dilindungi kerana merupakan habitat bagi hidupan marin. Tindakan melindungi kawasan maran adalah bagi mengekalkan kewujudan hidupan marin. Selain daripada melindungi hidupan marin, pulau-pulau di Malaysia juga dijadikan sebagai  kawasan pelancongan.

Ramai tidak mengetahui bahawa terdapat pelbagai jenis hidupan marin atau hidupan akuatik yang merupakan khazanah alam yang patut dilindungi. Pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan dan dijadikan  sebagai produk pelancongan. Pengunjung yang mengunjungi kawasan pelancongan ini dapat melihat dan membuat pengecaman hidupan akuatik apabila mereka menjalankan aktiviti yang sesuai seperti  snorkeling dan  scubadive. Aktiviti ini biasanya dijalankan di kawasan yang mempunyai terumbu karang bagi membolehkan mereka mengenal pasti pelbagai jenis hidupan akuatik, terutamanya ikan. Aktiviti ini dijalankan tanpa merosakkan terumbu karang yang tumbuh di dasar lautan.



Bagi memastikan hidupan marin dapat hidup dengan baik, habitat hidupan ini mestilah dipelihara. Habitat yang utama ialah kawasan terumbu karang. Para saintis telah mengetengahkan bahawa terumbu karang dikelaskan sebagai haiwan yang boleh membiak dan memakan organisma lainmembiak dan memakan organisma lain. Terdapat pelbagai bentuk terumbu karang yang boleh diperhatikan di dasar laut yang  cetek seperti terumbu berbentuk ranting (branching) dan brain. Terumbu karang telah dikenal pasti sebagai agen yang dapat melindungi pinggir pantai daripada terhakis oleh ombak. Dalam bidang perubatan pula, terumbu dan batu  karang dikatakan amat sesuai digunakan  bagi menggantikan tulang (berbanding penggunaan besi). Selain itu, kajian juga telah menunjukkan bahawa terumbu dan batu karang dapat dijadikan ubat  “antibody” dan  “anticancer”. Oleh itu, terumbu dan batu karang perlu dilindungi dan tidak dimusnahkan. 



Malaysia dikelilingi oleh lautan  yang mempunyai beratus ribu atau mungkin berjuta kumpulan organisma termasuk plankton, sepan, terumbu karang, sotong, udang, ketam dan sebagainya. Masih banyak ruang kosong dalam bidang marin yang boleh diterokai. Bilangan spesies organisma marin yang masih belum diketahui secara tepat dan mendalam terutama sekali bagi negara kita masih lagi banyak. Penemuan pelbagai spesies marin yang baru, antaranya cacing dengan tubuh berwarna-warni dan lebih kurang 160 spesies rumpair laut yang unik oleh pengkaji luar negara di wilayah French Frigate Shoals di barat laut Hawaii bukan sahaja menambahkan bilangan spesies marin tetapi juga dijadikan iktibar kepada pengkaji negara kita untuk menjalankan usaha yang sama di perairan negara kita.

Ikan terumbu merupakan penghuni ekosistem terumbu karang yang paling mudah dikenali, dan jumlah yang banyak dengan warna yang sangat beragam. Selain itu, ikan-ikan ini menghuni di hampir seluruh relung terumbu. Ikan-ikan ini memanfaatkan terumbu karang sebagai “rumah”. Secara umum, tipe ikan terumbu dapat dikelompokkan berdasarkan dua garis besar yaitu kebiasaan mencari makan dan fungsinya dalam sistem ekosistem terumbu karang. Ikan terumbu akan melakukan berbagai aktivitas berdasarkan kebiasaannya serta fungsinya, yang pada akhirnya membentuk suatu pola keseimbangan yang mendukung  keberadaan ekosistem terumbu karang.
 
penyu

Berdasarkan kebiasaan mencari makan, Ikan terumbu terbagi atas tiga yaitu ikan diurnal (ikan yang aktif pada siang hari) dan ikan nokturnal (ikan yang aktif pada malam hari). Sebagian besar ikan yang ditemukan menyebar atau terdistribusi secara luas di terumbu karang merupakan kelompok ikan-ikan diurnal. Kelompok ini pada umumnya mencari makan dan tinggal di permukaan karang dengan memakan plankton, alga, atau hewan yang lebih kecil yang terdapat baik di kolom air maupun di permukaan terumbu .  Ikan-ikan diurnal ini merupakan sebahagian besar dari famili ikan yang terdapat di ekosistem terumbu karang seperti Pomacentridae, Chaetodotidae, Pomachantidae, Acanthuridae, Labridae, Lutjanidae, Balistidae, Serranidae, Cirrithidae, Tetraodontidae, Bleiidae dan Gobiidae.
 
Ikan Terumbu

Clownfish, juga dikenal sebagai Ikan Badut, Ikan ini biasanya ditemukan berhubungan dengan anemon di Oseania, Indo-Pasifik, dan Great Barrier Reef. Hal ini dapat ditemui secara individual, atau lebih umum, berpasangan atau kelompok kecil dalam anemon sama seperti Heteractis magnifica atau Stichodactyla mertensii. Clownfish liar jarang akan melebihi 4 ½ inci dan jika dipelihara di akuarium atau diternakkan ukurannya jarang melebihi 3 ½ inci. Di alamnya Clownfish adalah sebuah ikan omnivora. Dalam akuarium, maka Clownfish akan makan makanan yang bervariasi termasuk makanan daging seperti udang beku mysis, cincang halus udang mentah, komersial persiapan disiapkan untuk herbivora, menyerpih dan makanan pelet. Warna makanan meningkatkan akan menjaga warna-warna cerah pada ikan tersebut.
 
Clown Fish

Hidupan marin merupakan khazanah yang  perlu dipelihara. Hal ini kerana hidupan marin menyumbang kepada kepelbagaian biologi yang turut melengkapkan ekosistem sesuatu kawasan. Kewujudan hidupan marin haruslah dikekalkan dan dielakkan daripada kemusnahan.



sumber  http://coretan-csc.blogspot.com/2011/03/hidupan-di-dalam-dasar-laut.html

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KELIP-KELIP BERCAHAYA

KELIP-KELIP/KUNANG-KUNANG

KELIP-KELIP sejenis kumbang yang yang dianugerah Allah dengan keistimewaan menghasilkan cahaya.
Berasal dari famili lampiradea
 Terdapat hampir 2000 spesies dan di Malaysia ia banyak terdapat di Kuala Selangor. Jangka hayatnya selama 30 hari sahaja.
Keistimewaan kelip-kelip ialah  cahaya yang dihasilkan tidak menghasilkan tenaga haba. Ia dihasilkan oleh tindak balas yang berlaku pada organ khas yang terletak pada bawah abdomen yang terbahagi kepada 3 bahagian.


Maksud Kelipan

Kelip-kelip biasanya dijumpai pada waktu senja iaitu pada lalang ataupun daun pokok. Pengelipan berlaku selepas sejam matahari terbenam. Kadar kelipan adalah 3 kali sesaat. Pada permulaannya, kelip-kelip akan mengambil masa 15-20 minit untuk 'memanaskan badan' (warm up) sebelum mengelip. 2 hingga 3 jam pertama pengelipan adalah terang dan berterusan. Selepas itu, kadar pengelipan akan menjadi rendah. Pengelipan ini akan berhenti setelah matahari terbit. 

Kelip-kelip baru atau pada pokok bersebelahan akan meniru antara satu sama lain untuk mendapatkan kadar pengelipan cahaya yang sama. Akhirnya, rentak dan kadar pengelipan pokok-pokok berdekatan akan menjadi sama dan menarik.
Pengelipan adalah bertujuan untuk menarik pasangan untuk mengawan. Selalunya kelip-kelip betina hinggap pada hujung daun pokok dan mengelip dengan merendahkan abdomen dekat dengan daun. 




Tahukah anda ?
Jika 6000 ekor kelip-kelip dimasukkan dalam satu botol kaca, kecerahan cahaya yang dihasilkan seakan sebatang lilin.
Kelip-kelip dapat menukar 100% tenaganya kepada cahaya. Manakala mentol hanya menukar 10% daripada tenaga elektrik kepada cahaya! 90% tenaga dibazirkan sebagai haba.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TUMBUHAN HERBA UNTUK KECANTIKAN


Firman Allah S.W.T Maksudnya "....... dan (ingatlah satu bukti lagi) engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai."  (Surah Al-Hajj : Ayat 5)


Tumbuhan Herba

Cekur

Biasanya tumbuhan Cekur ditanam di sekitar rumah yang berkeadaan lembab dengan sedikit teduhan. Banyak kelebihan, antaranya digunakan sebagai tonik untuk senak perut, membuang angin, sakit sendi serta melancarkan haid. Ia juga digunakan untuk melegakan batuk, mengurangkan bengkak dan dibuat bedak untuk merawat jerawat. Daunnya yang muda dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu.

Cara-cara hilangkan jerawat dengan cekur ialah;

1 - Sediakan daun cekur kira-kira sebesar ibu jari.

2 - Kemudian giling sehingga lumat.

3 - Setelah itu campurkan dengan bedak sejuk.

4 - Sapukan campuran tadi ke muka dan biarkan selama 15 hingga 20 minit sebelum dibilas dengan air suam.


Emas Cotek

Emas Cotek @ Ficus Deltoidea banyak terdapat di kawasan belukar di tepi laut atau rimba di pergunungan. Daunnya berwarna hijau berkilat dan mempunyai bintik yang berwarna emas di permukaannya manakala di bawah permukaan daunnya berwarna kuning keemasan dengan tompok-tompok hitam.

Air rebusan keseluruhan herba ini diminum oleh wanita untuk merawat keputihan dan melawaskan haid. Tumbuhan ini juga dipercayai boleh mengekalkan awet muda. Selain itu, Emas Cotek berupaya ikhtiar mencegah dan menyembuhkan penyakit-penyakit seperti paru-paru berair, kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, cirit-birit, melancarkan peredaran darah dan rawatan sakit kulit.


Cucur Atap

Cucur Atap
Daunnya kecil atau halus seperti jarum, tersusun secara bertentangan dan mengeluarkan aroma bila dihancurkan atau diramas. Tumbuhan ini didapati hidup secara meliar di kawasan tanah tinggi dan juga tumbuh subur di tanah mineral.

Lazimnya tumbuhan ini digunakan sebagai teh herba untuk kesihatan. Daunnya dikatakan mempunyai keupayaan untuk merawat demam, antibakteria dan melancarkan peredaran haid. Ia juga digunakan bagi merawat selsema, sakit kepala, demam campak, uluran dan juandis dengan cara mengasapkan pesakit melalui pembakaran daun kering atau menghidu wap air rebusan daun segar.


Kunyit

Dalam perubatan, kunyit digunakan sebagai antioksidan, antibakteria, antiradang dan antikanser. Kunyit juga berupaya menyembuhkan luka dalam badan, membersih dan menghalang pembekuan darah, melancarkan perjalanan darah, membantu proses pencernaan serta menghilangkan selsema. Ia juga dikatakan dapat menyembuhkan luka, seliuh anggota dan kudis.


Kesum

Secara tradisionalnya, air rebusan daun Kesum digunakan untuk mengubati masalah penghadaman dan menghilangkan kelemumur di kepala. Daripada segi khasiat pemakanan, kesum kaya dengan beta karotena, vitamin A, vitamin C dan juga bahan galian seperti kalsium , kalium dan fosforus.


Limau Purut

Daun Limau Purut banyak digunakan dalam masakan seperti Tom Yam kerana bau dan rasanya yang unik. Ia juga digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap. Selain berkesan sebagai penggalak antitumor atau pencegah kanser, Limau Purut juga berupaya merawat, luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.


Mengkudu

buah mengkudu - Morinda Citrifolia
Mengkudu @ Morinda Citrifolia mempunyai pelbagai kegunaan. Satu kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat melaporkan sebanyak 22  jenis masalah kesihatan dapat dibantu dengan pengambilan mengkudu. Antaranya ialah kanser, kencing manis, darah tinggi, tulang, jantung, kemurungan, pernafasan, penghadaman dan buah pinggang.

Biasanya ia dibuat jus yang juga dikenali sebagai Jus Noni.


Rosel

Kelopak buah Rosel yang berwarna merah kaya dengan vitamin A dan C serta zat mineral. Dengan menjadikannya sebagai teh ubatan, herba ini dapat membantu mempercepatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah tinggi di samping memberi kesan awet muda.

Selain itu, kelopaknya juga boleh diproses menjadi jem, halwa, jeli, jeruk dan juga pewarna makanan.


Pegaga

Pegaga @ Centella asiatica kini bukan sahaja dijadikan ulam dicecah dengan samabal belacan tetapi menjadi rebutan saintis perubatan dan kosmetik antarabangsa. Tumbuhan hijau yang tumbuh melata ini dikatakan mengandungi sejenis enzim yang bernilai tinggi “tetripenoids” yang menjadi antara bahan asas dalam pembuatan kosmetik kecantikan kulit dan ramuan penting untuk dicampur dengan herba tertentu bagi mengubati penyakit barah. Ia juga diproses untuk dijadikan minuman kesihatan atau tonik untuk menyegarkan badan selain peransang kepada pemulihan.

Dengan keistimewaannya, pucuk pegaga kini dilihat sebagai tumbuhan komersil . kajian secara saintifik menunjukkan pucuk pegaga mempunyai enzim tetripenoid untuk dijadikan ubat anti kanser.

Selain itu terdapat empat jenis pegaga yang terdapat dinegara kita, iaitu pegaga biasa yang mudah diperolehi dikampung-kampung, pegaga salad yang daunnya menyerupai daun salad sebenar (versi daun lebar) pegaga nyonya dan pegaga hitam.


Tongkat Ali

Tongkat Ali @ Eurycoma longifolia jack merupakan tumbuhan yang masyur dan mujarab. Dalam ketegori perubatan tradisional, ia digolongkan dalam jenis perubatan atasan kerana ia dapat meningkatkan daya imuniti semulajadi badan, menguatkan daya tahan melawan penyakit dan sebagai ubat peransang eraksi. Oleh kerana keberkesanannya, ia sesuai merawat pelbagai jenis penyakit. Di antara keberkesananya ialah:

1. Menambah tenaga
2. Menambah selera makan dan menguatkan sistem penghadaman. Memperbaiki sistem imuniti badan melawan penyakit.
3. Memperbaiki keadaan fizikal dan mental badan
4. Mengurangkan keletihan
5. Meningkatkan fungsi kulit dan otot.


Alfalfa

Alfalfa @ Medicago sativa merupakan tumbuhan yang mempunyai reputasi tinggi didalam perubatan herba. Ia sering digunakan untuk membersihkan perjalanan darah serta untuk membuang toksik didalam badan. Ini kerana setiap hari kita mengambil makanan makanan yang mengandungi toksik seperti hidupan laut yang telah tercemar. Alfalfa turut digunakan didalam merawat dan mengesan jangkitan kuman pada pundi kencing, masalah penghadaman penyakit kulit serta ulser.


Aloe vera

Aloe vera atau masyarakat Malaysia memanggilnya lidah buaya merupakan herba yang mempunyai bahagian yang lembik dan lekit. Ia digunakan sejak dahulu lagi bagi meransang pengimunan badan, pelembab kulit, menghilangkan parut, mengubati kulit yang melecur dan juga untuk melebatkan rambut.

Aloe vera turut dikaitkan dengan penyakit asma, kencing manis, serta penyakit ulser. Namun pada masa sekarang aloe vera telah menjadi bahan ramuan yang penting didalam alat-alat kosmetik wanita yang beredar didalam pasaran. Kajian yang dilakukan menunjukkan tumbuhan ini sangat berguna pada manusia dan patut ditanam oleh semua orang untuk digunakan secara tradisional seperti sebagai syampu serta mengubat kesan melecur yang sering berlaku dirumah kita.


Halia

halia
Halia @ Ziniger officinale merupakan herba yang digunakan didalam perubatan purba China sejak dahulu lagi. Ia digunakan untuk memanaskan badan, membuang angin yang terdapat dalam usus kecil dan usus besar, meredakan penyakit gout, batuk, migrain, sakit gigi, sakit tulang senggugut, sesak dada, menangkis serangan ulser serta dapat meredakan kekejangan otot. Ia juga turut digunakan untuk merawat rasa loya- loya serta meredakan tekanan. Namun pengambilan dalam kuantiti yang banyak akan menyebabkan berlaku kompilasi didalam sistem penghadaman.


Ginseng

Ginseng @ Panax ginseng merupakan herba yang sangat bernilai didalam sejarah perubatan China. Diantara ginseng yang popular ialah ginseng Korea ndan ginseng China. Ginseng ini sering digunakan sebagai tonik. Ia dikatakan dapat melegakan ketegangan, menambahkan kadar metabolisma menurunkan kandungan darah didalam badan serta memperbaiki daya imun badan.

Ia juga digunakan untuk merawat penyakit kencing manis, menurunkan kadar kolesterol, merawat gejala-gejala menopous yang dialami wanita yang telah putus haid,mengubat kelesuan serta untuk melindungi badan daripada serangan kanser. Ia juga sesuai untuk para ibu-ibu yang baru lepas bersalin. Ia digunakan untuk mengecutkan sistem peranakan serta memperbaiki kelancaran darah.

Ginseng ini selalu dijadikan tonik dan diminum. Namun terdapat lagi cara tradisional, iaitu dengan merebus ginseng ini untuk mendapatkan air pati rebusannya.


Cendawan

cendawan putih besar
Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna pada manusia. Cendawan ini kebanyakannya tumbuh meliar dan dikutip oleh manusia sebagai makanan serta untuk perubatan. Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula di dalam darah, menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan kanser.

Cendawan ini boleh digunakan secara segar seperti dimakan sebagai sayur. Selain itu pada masa sekarang kebanyakan cendawan ini telah dijadikan serbuk di dalam bentuk kapsul. Ini untuk memudahkan para pengguna kerana cendawan yang segar agak terhad di pasaran.


Tumbuhan yang merbahaya kepada manusia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BUNGA TERBESAR DI DUNIA

Rafflesia ialah tumbuhan yang aneh. Pada hakikatnya, apabila ia sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk, dan tumbuhan ini juga agak berat. Tidak seperti tumbuhan lain, rafflesia tidak mempunyai daun untuk memproses karbon dioksida dan cahaya matahari bagi menghasilkan gula dan oksigen.

Rafflesia juga tidak mempunyai akar untuk menyerap air dan mineral dari tanah untuk diproses sebagai protein. Apa yang ada cumalah tisu-tisu yang kelihatan seperti tiub-tiub halus yang panjang memasuki tumbuhan perumah. Ini menunjukkan bahawa rafflesia adalah sejenis parasit di mana ia tidak perlu manghasilkan nutrisinya sendiri. Ia hanya perlu menyerap nutrisi tersebut dari perumahnya, di mana perumahnya juga adalah tumbuh-tumbuhan lain. 


Rafflesia
Selalunya apa yang kita lihat adalah kelihatan seperti bunga yang besar. Ini merupakan organ seks bunga ini, kadang-kala dilihat di tempat paling atas sesuatu tumbuhan yang melingkar atau biasanya terdapat di mana-mana atas tanah yang agak lembap. Warna yang merah kecoklatan bagi kelopaknya, ditaburi dengan bintik-bintik putih menghasilkan bau yang amat tidak menyenangkan, hampir sama dengan bau yang dikeluarkan daging atau bangkai yang reput.

Sesetengah percaya bahawa bau busuk ini menarik perhatian lalat dan serangga lain dan ini membantu dalam menyebarkan benih rafflesia ini. Agar benih ini dapat tumbuh dan membesar, dijumpai bahawa lingkaran tumbuhan perumah mesti dirosakkan dengan apa cara sekalipun bagi membolehkan tiub-tiub rafflesia itu dapat memasukkan benihnya ke dalam tumbuhan perumah.

Kerosakan pada tumbuhan perumah boleh dihasilkan dengan cara dipijak oleh haiwan. Benih-benih akan melekat pada tapak kaki haiwan yang lalu dan dipindahkan ke tempat lain di mana benih ini akan mencari tumbuhan perumah yang boleh dijadikan tempat tinggal. Walaubagaimanapun, ini tidak boleh dibuktikan. Didapati bahawa tumbuhan ini selalunya dijumpai di kawasan yang berlaku banyak aktiviti dan kurang di kawasan lain.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS